Kisah Si Atheist dan Si Agamawan

0
93

Kedua-dua Si Atheist dan Si Agamawan ini sedang minum kopi di sebuah warung kopi di tepi sawah. Mereka sedang sembang(ngobrol) tentang pekerjaan yang mereka yang sama-sama ceburi yaitu menerbangkan ‘Drone’ untuk tujuan menaburkan racun serangga di sawah padi di sekitar kampung mereka. Mereka sangat asyik menceritakan tentang Drone mereka sehingga mereka bersembang dengan penuh mesra dan gelak ketawa.

Tiba-tiba Si Atheist menukar topik perbualan mereka tentang pengalaman yang dia tersesat di dalam hutan beberapa hari yang lalu.

Berikut adalah perbualan mereka.

Si Atheist : Wei, Hari tu aku sesat dalam hutan lah. Selama 3 hari aku di dalam hutan tu dan tak boleh nak cari jalan keluar.

Si Agamawan : Habis apa yang kau lakukan?

Si Atheist: Aku duduk di dalam sebuah gua kecil dan aku bertanya pada diri aku. “Tuhan, sekiranya engkau itu benar benar ada, bantu lah aku”. Aku jadi bingung dan panik setelah tidak makan dan minum dalam beberapa hari.

Si Agamawan : Habis apa yang berlaku?

Si Atheist : Keesokan hari nya ada beberapa orang RELA dan BOMBA menemui aku dalam keadaan sangat tidak berdaya. Mereka mengusung aku keluar dari hutan.

Si Agamawan : Ini lah kuasa Tuhan. Tuhan lah yang menyelamatkan kau.

Si Atheist : Ehh..yang menyelamatkan aku tu bukan Tuhan. Yang jelas menyelamat aku adalah abang-abang Rela dan Bomba itu.

Si Agamawan : Kalau tidak diizinkan Tuhan, mana boleh Si Abang Rela dan Bomba itu menemui engkau dan menyelamatkan engkau.

Si Atheist : Ehh..mana kau tahu Tuhan kau yang mengizinkannya?

Kedua dua sahabat ini terus bertengkar dan bertegang urat dalam nada yang agak keras. Masing-masing cuba menegakkan dan mempertahankan kepercayaan mereka sehingga perbualan yang harmoni pada awalnya tentang drone sudah bertukar menjadi peperangan mulut hanya kerana perbezaan ‘Belief System’ mereka.

Si Atheist mempercayai tidak ada Tuhan yang menyelamatkannya dan Si Agamawan pula percaya bahawa Tuhan lah yang menyelamatkan Si Atheist itu.

Daripada kisah ini, jelas sekali bahawa setiap orang melihat apa pun jua dari kaca matanya masing-masing, yakni dari sudut pandang kepercayaan mereka masing-masing kerana semua orang dibangunkan dengan ‘Belief System’ masing-masing yang diperolehi atau deprogram dari lingkungan pembesarannya.

Selagi ‘Belief System’ itu tidak diresetkan (kembali kepada zero point field atau Knowing atau Makrifat), selagi itu lah manusia akan terus berantakan dan bermusuhan antara satu sama lain.

Kembali kepada kisah mereka berdua tadi. Masing-masing sudah tidak bertegur sapa sejak dari itu dan masing-masing mula bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan upah menabur racun di kampung mereka.
Hanya kerana mempertahankan bermatian-matian Belief System masing masing, sebuah persahabatan terputus begitu sahaja.

Cuba lihat kepada diri kita sendiri dengan pasangan suami atau isteri kita? Diri kita dengan rakan sepejabat kita ? Rakan Seperjalanan kita? Ibu bapa kita? Jiran kita?
Tanya apa lagi ‘Belief System’, Idealogi, Kepercayaan etc yang masih tertanam kuat dalam diri sehingga kita terasa masih terpisah dan masih terselit rasa kecil hati, marah dan malah mungkin benci pada mereka.

Selagi tidak ‘mematikan’ ke-Aku-an diri, selagi itulah masih berkelahi.

Salam Cinta

iklan

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini