Perhatikan…
Apa yang menyambung antara dua ombak yang sedang bermain di tepian pantai?
Perhatikan juga…
Apa yang menyambung antara dua objek?Lihat sahaja di depan anda sekarang – ada pasu bunga dan juga meja. Apa yang menyambungkan antara dua objek ini?
Perhatikan lagi…
Apa yang menyambung antara dua fikiran? Sebagai contoh : Fikiran #1 – anda sedang berfikir nak bersarapan apa pagi ini dan Fikiran #2 – anda berfikiran nak bersarapan di mana pagi ini?
Nah, apa yang menyambung antara dua fikiran ini?
Tentu sekali bagi dua ombak, ‘Air’ lah penyambungnya. Bagi objek pula adalah ‘Ruang’ yang menyambungkannya. Manakala, bagi fikiran adalah ‘Kesedaran’.
Air, Ruang dan Kesedaran adalah tiga kata yang merujuk kepada perkara yang sama tetapi pada context yang berbeza.
Cuba buang Air daripada Ombak. Cuba buang Ruang daripada Objek? Pasti tidak boleh.
Nah, cuba buang Kesedaran daripada Fikiran? Pasti tidak boleh juga.
Kesedaran adalah inti atau zat diri kita dan segala macam benda dan kehidupan disekeliling kita.Yang tidak pernah datang dan tidak pernah pergi.
Ombak, objek dan segala kehidupan ini akan datang dan pergi tetapi inti semuanya ini yakni Kesedaran – akan sentiasa ‘On’ sahaja.
Alami Kesedaran ini dan pancarkan cahayanya agar menjadi Manfaat dan Rahmat kepada orang dan makhluk yang lain.